FEBRUARI 2026

PREMIER SARAWAK HADIR FINAL PIALA PREMIER SARAWAK 2025, SOKONG PEMBANGUNAN BOLA SEPAK SARAWAK


KUCHING, 15 Februari 2026 – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, telah menghadiri perlawanan akhir Piala Premier Sarawak 2025 yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak pada petang ini.

Sejurus tiba di Kuching dari Kuala Lumpur, beliau terus ke stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir tersebut sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan bola sepak di Sarawak.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) serta agensi-agensi berkaitan yang telah berusaha menjayakan penganjuran kejohanan berprestij itu. 

Menurut beliau, penganjuran kejohanan seperti ini amat penting dalam mencungkil dan membangunkan bakat anak-anak Sarawak untuk diketengahkan sebagai pemain profesional pada masa hadapan.

Premier Sarawak turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Kuching City FC atas kemenangan 3–1 ke atas DPMM FC malam tadi, sekali gus melayakkan pasukan itu ke peringkat separuh akhir menentang Selangor FC.

Perlawanan akhir Piala Premier Sarawak 2025 pula menyaksikan Bintulu FA muncul juara selepas menewaskan Samarahan FA dengan keputusan 3–1.

Tahniah Bintulu FA! ⚽️👏🏼